Monday, December 31, 2012
New Year 2013 (Semoga Yang Keruh Kembali Jernih)
Asalamualaikum
Selamat tinggal 2012, Sedih, masa terlalu pantas, pergi saperti kilat, kalau di fikir2kan tiada apa yang telah saya lakukan di tahun lalu, hanya apa yang tersurat dan tersirat saya tempuhi dengan sabar,saya akui akan dugaan Allah kepada saya, akan saya baiki di tahun yang baru ini, dan berdoa supaya segala pahit maung di tahun lepas tidak berulang lagi,yang terbaik pula akan bertambah baik dari tahun lepas, insha Allah.
2013....akan saya tempuhi dengan berhati2,tidak mau pisang berbuah dua kali,saperti tahun2 yang lalu,akan berusaha dan bertakwa kepada Allah,memperbetulkan amal ibadat saya, mengeratkan tali perkeluargaan saya,berdoa dan sentiasa berdoa untuk anak2 dan cucu saya,dan semoga di makbulkan Allah. Dan tahun ini juga,telah saya sinaraikan apa yang patut saya lakukan. Diumur yang sebegini, tak sepatut nya, di fikirkan segala perkara yang remeh temeh, tetapi sebagai manusia biasa,yang serba kekurangan ini, pasti banyak yang patut difikirkan. Walau bagaimana pun akan saya tempuhi dengan bersyukur, tabah, dan bertawakal, kerana segala yang buruk dari saya, dan segala yang terbaik dari Allah s.w.t. Wasallam...
May your new year be decorated with sweet memories, wonderful days and memorable nights. Have a great year ahead- "Pearl Aman"
Subscribe to:
Posts (Atom)