Wednesday, December 21, 2011

Soup Daging & Sayur2an

Hari ini memang lewat memasak, kerana sarapan pun lambat tadi,selepas solat asar,tiba2
saya terasa lapar, puas memikir apa yang nak di masak,memandangkan semua daging dan ikan
tidak di keluarkan dari freezer. Dalam hati berkata2, kenapa tak guna saja pressure cooker,
why not!!! bukan nya susah sangat nak keluarkan. Sebenar, saya tak biasa menguna pressure
cooker, kerana cerita pressure cooker ini, sanagat lah menakutkan, macam macam orang cerita
meletup lah, itu lah, ini lah. Tapi oleh kerana kawan saya di Gold Coast, dia memasak mengunakan
pressure cooker, kata senang dan menjimatkan, jadi saya memang ingin mencuba. Jadi saya
pun membeli dan sesudah mencuba, memang nya saya berpuas hati, tapi masih banyak yang nak di belajar lagi, belum pandai betul, cara2 mengunanya, saperti mengukus, dan sebagai nya. Setakat
ini cuma saya gunakan untuk memasak curry, dan soup.Daging menjadi lembut dengan hanya memasak
6 ke 8 minit :: Ini dia soup daging dan pressure cooker




Saturday, December 17, 2011

Mee Hoon Goring

Entah mengapa ye, kalau saya goring mee hoon hanya boleh makan dua kali sahaja, tapi dalam masa sebulan kalau tak goring mee hoon,tak senang duduk, asyik teringat saja :: meehoon yang
paling saja suka,ia lah meehoon yang halus dan yang kasar, tapi meehoon kali ini saya guna mee hoon yang bergini,meehoon halus :: Brand mee hoon :wei wei: mee hoon yang, senang dapat di
supermarket. Senang sekali mengoring meehoon bergini, tidak perlu menguna banyak bahan2.
Ini lah rupa nya meehoon yang saya goring dan juga recipe nya :)








Bahan2:

I bungkus mee hoon apa2 brand (saya mengunakan meehoon yang halus)
3 atau 4 sudu minyak untuk mengoring
4 biji tomato (dipotong dadu (halus)
5 ulas bawang di potong dadu dan nipis (boleh juga di blend)
Udang atan daging
secekak daun bawang (untuk hiasan)
dua pelpah batang dan daun sadri di potong nipis (ini mesti, kalau tidak tak sedap)
3 sudu oyster sauce
garam secukup nya (garam jangan lebih,sebab meehoon cepat masin)
cili hidup di potong halus
2 biji telor goring hancur untuk hiasan


Cara nya::

Meehoon di rendam saya gunakan air panas,jangan terlalu lama hanya tuang ke atas
mee hoon dan di angkat dengan segera, supaya dia tidak terlalu lembut.Curahkan air
sejuk ke atas mee hoon,tapis dan letak sebelah.

Panas kan 4 sudu makan minyak (Lebih kan minyak kalau meehoon nya banyak)
Tumis bawang putih, bawang merah, sampai kuning, masukan cili potong, buah
tomato, udang atau daging, oyster sauce. Masukan batang sadri,garam dan akhir
nya mee hoon ::daun sadri :: balikan2 sampai masak :: taburkan telor goring dan daun bawang
sebagai hiasan,

Senang kan selamat mencuba :)

Saturday, December 10, 2011

Kita Makan Lompang

Hari ini saya buat lompang, bawa ke rumah kawan, dah lama tak buat, nampak ok juga,
jadi dan cantik, cuma tak berpuas hati dengan kelapa parut yang di beli dari kedai
asian, mereka parut terlalu kasar, frozen,tapi tak ada pilihan, boleh lah, dari pakai
kelapa kering :-), tujuan membuat lompang :: kerana bawa ke rumah kawan :: mereka kata
ok , ok lah rasa nya, ini bermakna ok lah tu, lain kali boleh buat lagi. Recipe asal
membuat lompang ini daripada Chef Hanieliza :: zaman fotopages :)...enjoy lah ye,
tengok gambar lompang yang tak seberapa nya dari saya








Recipe Kuih Lompang ::

: A :
2 cawan tepung beras
1/2 sudu kecil kapur


: B :

Masak Hingga Mendidih

1/2 cawan gula putih
1/2 cawan gula merah
4 cawan air
(Kepada yg suka manis, tambah sikit gula putih)

1) Bancuh tepung dengan air kapur dan di tapis
2) Tuang air gula yang suam dan kacau rata
3) Panas cawan kecil dalam kukusan
4) Tapis adunan ke dlm teko, utk memudahkan dituang
di dalam acuan kecil. Kukus selama 20min.
5) Bila sejuk cungkil dan masukan kelapa di tengah2 lompang.

Selamat mencuba.

Thursday, November 24, 2011

Mee Goring

Masak simple aja, kerana malas, mee goring, yang paling senang :: baru2 ini saya ada membeli mee
kuning di supermarket,mee brand fantastic, bila bawa pulang ke rumah, dan buka, mee nya patah2
langsung malas nak goring, maklum lah saya orang Malaysia, kalau mee bergini rupa, saya tak
akan goring, di malaysia, mee kuning macam2 brand, fresh lagi,pilih saja kat pasar tu, atau kat pasarraya besar2 di Kuala Lumpur, datang sini hanya satu brand di supermarket. Suka tak suka
terpaksa nampak nya :: Tapi bila di goring tadi, emmm tak percaya rasa nya :: walau pun tak lah
selok dan secantik di pandang seperti di nun ....Kuala Lumpur sana :: tapi boleh lah, rasa nya
saya bagi 4....bintang hahaha, cuba jangan tak cuba kepada penduduk2 di down under...:-)








Ini Recipe Mee Goring (Simple)

1 packet fantastic noodle (hokkien)
chili secukup nya (saya guna cili api)
Kicap kipas udang
Tomato sauce
Daging secukup nya (dipotong nipis)
sedikit garam
Bawang merah (secukup nya: kerana saya mengunakan bawang besar disini)
5 ulas bawang putih
Minyak untuk menumis

Sedikit daun kucai dan daun bawang

Cara nya:

Blend cili api dan kicap.

Panas kan minyak :: masukan bawang merah dan bawang putih ::
setelah berubah warna :: masukan cili dan kicap yang telah
di blend terlebih dahulu ::tomato sauce:: tunggu beberapa minit dan kacau,
kemundian masukan daging, setelah itu masukan, kucai dan daun bawang ::

Setelah masak :: hidangkan dengan bawang goring:: perahan air limau :: telor
goring kalau suka :-) Enjoy....

Friday, November 18, 2011

Meat Pie

Lovely and delicious meat pie :: My husband love to make meat pies, and he just used
pie maker, is simple and easy ::

Quantity Of Minced To Suit
Finely Diced Carrot, Parsnip, Potato And Onion
Salt and Pepper To Taste
Gravy Powder(Beef) and water
Short Crust Pastry Sheets

Method ::

1.Fry onions until opaque,add mince meat and stir
fry until crumbly. Make gravy by combining.....
3 large spoons of Gravy Powder
and Enough Water To Make A Runny Mix. Add to Mince.

2.Boil Diced Vegetables In Salted Water Until Just Cooked.
Drain Vegetable And Add To Mince. Combine Well And Leave
To cool.

3. Lay Pastry Out To Thaw. Cut pastry. Place Large Pastry
Rings Into Recess In Pie Maker. Fill Until Slightly Over
Full And Place Smaller Pastry Ring On Top.

4. Cook On Pie Maker Until Brown.

Enjoy...:)

Credit to http://bandiesbits.blogspot.com/

Thursday, November 17, 2011

Masak Kicap Ayam Simple

Ini dia masak kicap ayam :: sangat simple.....selera di makan ......dan menjimatkan
kalau makan kat kuar mesti mahal, kerana ayam kan mahal :: kalau masak untuk
auntie di rumah :: dapat makan dua kali, ada juga dapat makan sampai besok hehe
tengok pada keadaan::


Recipe ::
Masak Kicap Ayam Simple


1 ekor ayam saiz sederhana
 2 atau 3  biji buah tomato 
4 sudu makan kicap kipas udang
3 sudu makan sos tomato
1/2 cawan air 
3 sudu makan minyak
1 sudu makan air asam jawa
Bahan2 yang di tumbuk

1 sudu akan jintan manis 
1 sudu makan jintan putih
4 ulas bawang merah (auntie guna bawang besar kat sini)
3 ulas bawang putih dan sedikit halia

Bahan Untuk Hiasan ::                                                                                                  

Lada hidup di potong tengah 
Bawang besar di potong bulat nipis                                                    


Cara ::
Bersih kan ayam, potong sesuka hati. Panaskan minyak, bila sudah panas masukan ayam yang digaul dengan rempah2 yang di tumbuk halus,  setelah beberapa minit masukan kicap,air asam jawa,bila hampir masak masukan buah tomato, dan chili hidup yang di belah tengah, dan bawang besar yang di potong bulat.




Anak2 auntie Shaif, Sharil dan Shasha
suka dengan masak kicap ayam ni :)

Sunday, November 13, 2011

Curry Puff

Curry puff :: semua orang pandai buat curry puff :: orang malaysia khas nya :: buat curry puff tak jadi
masalah buat mereka,  dua jenis curry puff yang auntie selalu bikin, curry puff biasa :: curry puff pusing::
inti pula keledek dan kentang :: dua2 pun  sedap :: baru2 ini auntie mengunakan kentang, tanpa daging :: cara
bergini ada dari ilham dari my sister Salmah , kata nya banyak orang suka curry puff, dan mereka pula
vegetarian :: kalau kita mengunakan kentang tanpa daging atau ayam semua orang pun boleh makan :: untuk
pengtahuan semua :: curry puff telah menjadi kegemaran orang2 di sini :: mat salleh suka curry puff :: kenapa ya? :: tak tahu ???
kebanyakan mereka juga buat curry puff :: tapi cara mereka :: mereka mengunakan pastry yg beli kat
supermarket :: tu lah kurang terasa kut :) itu cara mereka :: tapi kita orang malaysia yang rajin2 ni :: kita buat sendiri ::

Baru2 ini auntie ada buat curry puff :: kulit curry puff auntie dapat resepi dari blog masakan Pn Azlita
Cukup lah bercoloteh::  kita letak gambar sekarang :: ini lah cara auntie
membuat curry puff mengunakan acuan curry puff dan mencanaikan dough mengunakan mesin pasta ::
dan orang yang mecanaikan kan doh ia lah suami saya hahaha :: suruh dia tolong sikit, kalau ajak dia

buat curry puff, dia cukup suka, sebab kalau 10 curry puff dia makan 6 tu dia..











Recipe Kulit Curry Puff (Asal dari Pn Azlita)
Untuk Pastri Rapuh

400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
Cara ::

Campurkan sedikit garam dalam air sejuk
Masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan ia akan menjadi macam serbuk roti,
Panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu ::
Setelah menjadi doh dan pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam
Langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti.
Sementara itu boleh buat inti karipap.

Dulu2 kalau auntie buat curry puff tak simpan dalam fridge pun, terus canai,
dan terus goring, dan terus makan:: tetapi kalau dia nya berlebihan boleh lah
di simpan di dalam frezer, dan kering kan, kemundian pack dan di masuk semula
di dalam frezer. Keluar bila mahu mengunakan nya.
Dengan cara mengunakan kaedah perap kan di dalam frezer ini, memang berkesan rangup nya :: sedap::::

Inti nya ::
3 biji keledek atau 5 biji kentang saiz sederhana
daging atau isi ayam sesuka hati (auntie tak letak daging atau ayam)
2 sudu besar serbuk kari daging
Bawang potong cube
garam
Potong dadu keledek atau kentang di bersihkan
Panaskan minyak dan tumis bawang, hingga naik bau.
Kemundian masukan rempah, dan akhir sekali masuk kan
keledek atau kentang dan air sedikit demi sedikit,
sehingga keledek atau kentang empuk, (jangan masuk air terlalu banyak
nanti jadi terlalu lembik, biar sederhana. Kacau selalu, supaya tidak hangus.
Masuk kan garam secukup rasa. Setelah ubi empuk dan paste masak
sejukan sebelum di guna :: Enjoy ::


:: Auntie guna kentang yang berkerim :: kerana di sini kentang
   berbagai2 so boleh lah memilih sikit :: dan rasa nya berlainan
   Kalau masa di malaysia semua kentang pun sedap belaka:: jadi
   apa saja kat pasar tu ok :: Tak perlu nak risau :)

Pikelets

Bangun pagi ini perut lapar, entah kenapa teringat nak buat Pikelets, seperti pan cakes
tapi cara membuat nya terlalu simple, mudah, dan cepat :: Kalau lapar dan boleh tak tunggu
lama, ini lah satu dari cara nya:: dan dia mesti menjadi :: tak banyak ragam :) lagi pun auntie
suka kan pikelets




Kalau nak cuba ini recipe nya ::

Below is the recipe for the pikelets that I make.


Recipe:
1 cup Self Raising flour
Pinch of salt
Pinch of nutmeg (optional)
1/4 cup of sugar
1 egg
1/2 cup of milk
1 tblsp butter, melted

Method:
1. Sift dry ingredients
2. Beat egg and sugar
3. Add melted butter and milk
4. Stir in dry ingredients
5. Drop in spoonfulls onto a hot greased pan
6. Turn when brown
7. Butter when cold

Enjoy your pikelets!!!!











Gambar2 ini semua ada lah gambar yg telah lama di simpan :: semasa anak2 dan cucu datang melawat auntie.