Ini dia masak kicap ayam :: sangat simple.....selera di makan ......dan menjimatkan
kalau makan kat kuar mesti mahal, kerana ayam kan mahal :: kalau masak untuk
auntie di rumah :: dapat makan dua kali, ada juga dapat makan sampai besok hehe
tengok pada keadaan::
Recipe ::
Masak Kicap Ayam Simple
1 ekor ayam saiz sederhana
2 atau 3 biji buah tomato
4 sudu makan kicap kipas udang
3 sudu makan sos tomato
1/2 cawan air
3 sudu makan minyak
1 sudu makan air asam jawa
Bahan2 yang di tumbuk
1 sudu akan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
4 ulas bawang merah (auntie guna bawang besar kat sini)
3 ulas bawang putih dan sedikit halia
Bahan Untuk Hiasan ::
Lada hidup di potong tengah
Bawang besar di potong bulat nipis
Cara ::
Bersih kan ayam, potong sesuka hati. Panaskan minyak, bila sudah panas masukan ayam yang digaul dengan rempah2 yang di tumbuk halus, setelah beberapa minit masukan kicap,air asam jawa,bila hampir masak masukan buah tomato, dan chili hidup yang di belah tengah, dan bawang besar yang di potong bulat.
Anak2 auntie Shaif, Sharil dan Shasha
suka dengan masak kicap ayam ni :)
No comments:
Post a Comment