Saya mulakan pagi ini dan bangun pagi lagi, jam 4.30am, dalam hati berkata, anak2 ku di Malaysia, mesti tengah di buai mimpi kerana perbedzaan masa selama 2 jam, mummy sudah bangun dan memulakan dengan solat subuh, menyembah Allah s.w.t, dan bersyukur kepada nya, dan juga berdoa supaya di ampunkan dosa2 kedua ibu bapa, dosa2 diri sendiri, dosa anak2 dan di limpahkan rezeki dan permudahkan urusan dan dilindungi.Insha Allah.
Setelah semua selesai,saya terfikir, apa kah activity seterus nya. Sedikit pasal cuaca. cuaca panas di sini berterusan, tersangat panas, pesanan di biro cuaca supaya berhati2, cuaca akan meningkat ke 40deg, memang panas, dalam hati berkata lagi, jika terlalu panas, kita mandi, penuhkan bathtub dengan air dan berendam, sambil membaca, emm good idea.
Berbalik kepada masakan,saya kali ini, Ialah Nasi Ulam atau Herbs Rice Emm orang Perak memang suka Nasi Ulam :)Anak2 saya Shaif,Sharil dan Shasha juga suka.Saya namakan Nasi Ulam saya sebagai Nasi Ulam Aussie Style, with Rosemary,Sage & Thyme :) kerana apa yang terdapat dibelakang rumah.
Nasi Ulam : Rosemary,Thyme & Sage
awas nya untuk nasi
Cili dan bawang untuk dicampurkan
Ulam-ulam
Ulam lagi termasuk kacang untuk menambahkan ulam
Cara Nasi Ulam Aussie Style
Ulam
Segala Jenis Ulam yang terdapat di belakang rumah
termasuk Rosemary,Thyme,Sage,Pasley,Oregano, Daun Limau,
Ulam Raja,Daun Kadok,Basil,Mint,Kacang Panjang,Daun Kesum
Daun Kunyit,Sedikit Halia,Daun Pegaga,Lengkuas,Serai,Cili,
Kerisek dan Udang Kering
Ulam di hiris halus, Chili dan Bahan2 Lain Di tumbuk, dan
gaulkan dengan nasi yang telah di sejukan, atau suam2,dan garam
secukup rasa.
Akhir kata Enjoy....Nasi Ulam Aussie Style





No comments:
Post a Comment